Thứ Bảy, 18 tháng 6, 2011

Card kedai

Menu kedai makanan Melayu Champa











Resepi makanan tradisonal Melayu Champa

Bangsa Melayu Cham mempunyai pelbagai makanan tradisional yang anda tidak temui kecuali di beberapa tempat,


Melayu Champa di Vietnam

Contohnya pasar koboi Sg Buloh Selangor dan Ulu Tiram Johor di Malaysia atau di Kemboja, Vietnam....bagi yang nak merasa makanan tradisonal tersebut 
bolehlah berkunjung ke tempat tersebut.Pasar koboi Ulu Tiram sentiasa dikunjungi orang Melayu dan Cina untuk merasa makanan tradisonal tersebut kerana ia memang tiada di kawasan lain di negeri Johor.Makanan kegemaran di situ ialah 
kuew tiau sup dan mhan ciau.
Bagi yang mahu
mencuba sendiri di rumah ini resepinya .
Antara makanan tradisonal ialah :
1.Mhan ciau (xtau nak translate apa dalam bahasa Melayu atau Inggeris)

Bahan-Bahan 

1.Tauge.
2.daging lembu.
3.Tepung beras atau gandum
4.garam.
5.Gula.
6.Bawang besar.


Makanan untuk berbuka puasa


Bubur Champa


Sebuah masjid Champa di Vietnam
     

Resipi Masakan Melayu Champa

TUK MASAM NENAS










Bahan A:
Daging (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dimayang bulat)
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
1 biji cili merah (dimayang)
3-4 biji tomato saiz sederhana (dibelah 4)
2 keping hirisan nenas muda (tebal dlm 1cm , dicincang halus)
Kobis 
¾  senduk Sos ikan (boleh tambah atau dikurangkan)
Air (dlm 10 cwn atau lebih)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan B:
4 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang halus)
Daun ketumbar( dimayang halus)
Sedikit minyak untuk menumis (1-2 sudu besar aje ye)

Cara-cara membuatnya:
Bahan A:
1.  Masukkan air ke dalam periuk. Masak atas api yang kuat hingga mendidih.
2. Bila air dah mendidih, perlahankan api. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan hirisan daging. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sos ikan, nenas,tomato dan cili merah. 
5. Masukkan pula garam dan gula. Masak hingga terasa effect daripada bahan-bahan di langkah 4 tadi.
6. Bila dah cukup rasa (mengikut selera anda), baru masukkan sayur kobis. Ini bagi mengelakkan kobis tadi masak layu.

Bahan B:
1. Tumis bawang putih hingga garing dan naik bau. 
2. Taburkan bawang putih tumis dan hirisan daun ketumbar ke dalam masakan tadi. 

Note: Setelah siap, jangan terus tutup masakan tadi bagi mengelakkan sayur masak layu.